Friday, April 24, 2020

Salam Ramadhan Kareem

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ramadhan Kareem.
Ramadan datang lagi. Alhamdulillah kita dapat bertemu lagi. Hadirnya kali ini agak berbeza dan lebih mencabar. Hari ini jumaat 24.04.2020 bersamaan 1 Ramadhan 1441 H adalah hari pertama puasa.
saya ingin merakamkan ucapan selamat menjalani ibadah puasa & lainnya kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya di negeri Selangor.
Buat pertama kalinya, di seluruh dunia, Ramadan kali ini disambut dalam suasana yang unik. Tiada Solat Tarawih dimasjid, tiada bazaar, tiada majlis berbuka puasa diluar, tiada ziarah dan sebagainya.
Kita telah memasuki minggu keenam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan kita masih bertarung melawan serangan wabak pandemik Covid-19. Kita duduk rumah bagi memutuskan rantai virus yang mewabak. Teruskan berdoa dan bermunajat kepada Allah semoga bencana ini segera berakhir.
Saya harap kita semua dapat terus bertahan dan bersabar dalam menempuh tempoh waktu yang sukar ini.
Saya akan terus berusaha memberikan khidmat dan bantuan sewajarnya kepada penduduk yang memerlukan agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup yang mencukupi semasa tempoh PKP ini.
Saya mengajak agar kita semua cakna dan mengambil peduli jiran-jiran kita yang mungkin berhadapan dengan kesempitan dan kekurangan bekalan makanan di bulan Ramadan ini.
Marilah kita mengamalkan sikap berjimat-cermat, tidak boros berbelanja dan mengutamakan keperluan yang penting berbanding kehendak nafsu semata-mata.
Hayatilah maqasid puasa semoga kita menjadi insan yang sentiasa mensyukuri nikmat Allah SWT dan meningkatkan amalan di bulan Ramadhan ini.
Selamat beribadah sepanjang Bulan Ramadan Al-Mubarak 1441 Hijrah.
Ikhlas daripada,
*YB ZAWAWI MUGHNI*
-ADN SG Kandis
-Pembantu Exco Hal Ehwal Islam dan Pendidikan Negeri Selangor
-Ahli Mesyuarat MAIS Negeri Selangor

آمين يارب العالمين..








Sunday, April 19, 2020

Saringan Covid-19 Pandu Lalu oleh Kerajaan Negeri dan Selcare dilanjutkan sehingga esok (Isnin, 20 April)

Atas sambutan yang luar biasa, saya mengumumkan bahawa Saringan Covid-19 Pandu Lalu oleh Kerajaan Negeri dan Selcare dilanjutkan sehingga esok (Isnin, 20 April). Fokus utama adalah warga emas dan mereka yang mempunyai simptom. Saringan ini adalah percuma.
Ikhtiar ini juga akan diperluas di lokasi yang lain dalam masa terdekat.


Status kes COVID-19 Selangor mengikut mukim di Daerah Klang sehingga 19 April 2020

Alhamdulillah, Status kes COVID-19 Selangor mengikut mukim di Daerah Klang sehingga 19 April 2020, data terus menunjukkn penurunan dengan tiada kes baru dicatatkan hari ini. Terus kekal duduk dirumah,


Friday, April 17, 2020

Status kes COVID-19 Selangor mengikut mukim di Daerah Klang sehingga 17 April 2020,

Alhamdulillah, Status kes COVID-19 Selangor mengikut mukim di Daerah Klang sehingga 17 April 2020, data kembali menunjukkn penurunan dengan tiada kes baru dicatatkan hari ini. Terus kekal duduk dirumah,



Saringan Covid-19 Pandu Lalu oleh Kerajaan Negeri dan Selcare dibuka Sabtu dan Ahad ini


Tahniah Kerajaan Negeri Selangor. Sebagai salah satu inisiatif menggempur Covid-19 habis-habisan, Kerajaan Negeri Selangor melalui Selcare melaksanakan Saringan Covid-19 berkonsepkan pandu lalu.
Saringan ini adalah PERCUMA untuk warga emas dan mereka yang mempunyai simptom seperti yang dinyatakan.
Sila rujuk kepada sesi pelaksanaan bermula hari Sabtu dan Ahad ini


Thursday, April 16, 2020

Penghargaan kepada Petugas dan Sukarelawan Keadilan Dun Sungai Kandis

Hari ini, YB Zawawi Mughni selaku Ahli Dewan Negeri Selangor N49 Sungai Kandis yang juga merupakan Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Cabang Kota Raja telah turun bertemu semua petugas dan sukarelawan Keadilan yang membantu mendapatkan maklumat berkaitan penduduk yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mereka jugalah yang akan cuba mendapatkan sumbangan serta mengedarkan kepada mereka yang memerlukan.

YB Zawawi juga berkesempatan menyerahkan sedikit sumbangan kepada mereka yang sudi menyumbang tenaga dan masa untuk berkhidmat untuk rakyat tidak mengira masa.

Terima kasih kepada semua

#N49Prihatin


Wednesday, April 15, 2020

Update Terkini Jumlah Jangkitan Covid 19 Daerah Klang - 15 April 2020

Setelah beberpa hari Daerah Klang berjaya menurunkan jumlah kes jangkitan positif Covid 19, malah berjaya mencatat 0 kes jangkita pada 2 hari berturut-turut pada hari sebelumnya, hari ini berlaku pertambahan mendadak sehingga 7 kes jangkitan positif dicatatkan dengan Mukim Kapar mencatan 2 pertambahan kes dan Mukim Klang dengan pertambahan 5 kes baharu. Mohon semua terus kekal dirumah, kita putusksn rantaian jangkitan Covid 19 ini,

#N49Prihatin
#DudukdiRumah
#StayHome



Kawasan Zon Merah Covid-19 di Selangor. (Cerapan sehingga 12 tengahari, 15 April 2020) Status kes COVID-19 Selangor mengikut mukim di daerah sehingga 12 April 2020.

Status kes COVID-19 Selangor mengikut mukim di daerah sehingga 15 April 2020. Teruskan berada di rumah, amalkan cara hidup sihat. Kita mesti menang

Hari ini Klang kembali mencatat pertambahan pesakit setelah 2 hari tiada kes dicatatkan, Mohon semua kekal dirumah, bersama kita putuskan rangkaian virus Covid 19 ini.


DUN Sungai Kandis salur bantuan ihsan kepada 200 pekerja binaan

Ahli Dewan Negeri Sungai Kandis, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni menyalurkan sumbangan ihsan bantuan kecemasan berupa 50 kampit beras dan 50 kilogram keledek kepada 200 orang pekerja binaan yang diabaikan oleh pihak majikan sewaktu arahan Perintah Pergerakan (PKP) berkuat kuasa. Pejabat Pusat Khidmat Rakyat DUN Sungai Kandis akan mendapatkan penjelasan daripada pihak pemaju atas kecuaian tanggungjawab dan kebajikan terhadap pekerja mereka.




Sunday, April 12, 2020

[ MyDapur - ANDALASKU ]

[ MyDapur - ANDALASKU ]

Sepanjang pagi saya bersama Ahli Majlis N49A Sdr Sundaram menyantuni penduduk Taman Seri Andalas yang terjejas kerana bencana Covid-19 ini. Senarai nama pemohon kami terima dari persatuan penduduk, Surau, KRT dan juga media sosial.

Kami juga mengalu-alukan jika ada bantuan dari mana-mana individu atau syarikat yang ingin membantu terutama selepas pengumuman lanjutan masa 14 hari lagi pkp hingga 28 April.

Terima-kasih atas perhatian & komitmen semua.

 #n49prihatin
#stayathome
#pray4malaysia
#andalaskusejahtera
#fightconvid19

Kawasan Zon Merah Covid-19 di Selangor. (Cerapan sehingga 12 tengahari, 12 April 2020)

Status kes COVID-19 Selangor mengikut mukim di daerah sehingga 12 April 2020.



Saturday, April 11, 2020

Kawasan Zon Merah Covid-19 di Selangor. (Cerapan sehingga 12 tengahari, 11 April 2020)

Kawasan Zon Merah Covid-19 di Selangor.
(Cerapan sehingga 12 tengahari, 11 April 2020)

Pecahan berdasarkan mukim bagi kesemua daerah di Selangor. Zon merah di Selangor cecah 11 Mukim.

#dudukrumah




Friday, April 10, 2020

Program MyDapur Dun Sungai Kandis Fasa 4

Pejabat Dun Sungai Kandis terus komited dan berusaha membantu menyalurkan bantuan makanan asas kepada penduduk yang terjejas sepanjang PKP.
Program MyDapur telah memasuki Fasa ke4. Program kali in diserahkan sendiri oleh YB Zawawi Mughni Adun Sungai Kandis di Pangsapuri Sri Ayu Bandar Putera yang melibatkan lebih 50 buah keluarga yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah masuk hari ke 23.
Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan sedikit bebanan serta dapat memberi mereka sedikit keperluan makanan bagi menghadpi penambahan lagi 2 minggu PKP.


Wednesday, April 8, 2020

Kawasan Zon Merah Covid-19 di Selangor. (Cerapan sehingga 12 tengahari, 8 April 2020)

Kawasan Zon Merah Covid-19 di Selangor.
(Cerapan sehingga 12 tengahari, 8 April 2020)

Pecahan berdasarkan mukim bagi kesemua daerah di Selangor. Zon merah di Selangor cecah 9 Mukim.

#dudukrumah





Tuesday, April 7, 2020

Kawasan Zon Merah Covid-19 di Selangor. (Cerapan sehingga 12 tengahari, 7 April 2020)


Pecahan kes mengikut mukim di seluruh negeri Selangor sehingga 7 April jam 12 tengahari. Sudah terdapat 8 mukim diketegori sebagai Zon Merah selain 5 Daerah Hulu Langat, Petaling, Klang, Gombak dan Sepang yang mencatat kes melebihi 40 kes jangkitan.
#DudukRumah
#SelangorGempurCovid19


Monday, April 6, 2020

Zon Merah di Selangor setakat 6 April 2020, jam 7 malam.



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Makluman dari Selangor Task Force Covid-19 mengenai kawasan zon merah di Selangor setakat 6 April 2020, jam 7 malam.

Ingin kami ingatkan warga Selangor agar keluar jika hanya perlu dan patuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Sepang kini telah dikenali sebagai Zon Merah Covid-19 dengan 43 jangkitan. Pesan pada keluarga dan kawan-kawan untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Kita kena menang!

#DudukRumah
#SelangorGempurCovid19




Full - Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Fasa 2

Negeri Selangor merupakan negeri tumpuan aktiviti ekonomi negara. Oleh kerana itu Kerajaan Negeri Selangor tidak boleh mengambil ringan kesan pandemik Covid-19 terhadap kesihatan sosio-ekonomi negeri ini. Tempoh hari YAB Menteri Besar Selangor sudahpun membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin fasa pertama. 

Kali ini YAB Dato Menteri Besar Selangor sekali lagi membentangkan Selangor Prihatin Fasa Kedua, bertujuan untuk memangkin ikhtiar membendung penularan Covid-19 dan menyerap impak sosio-ekonomi penularan wabak tersebut.